Archive for the Cerpen Category

Rumah

Posted in Cerpen on April 19, 2008 by Admin

Arif bingung. Tatapannya kosong. Rumah yang disewa bersama temantemannya
akan diambil oleh tuan rumahnya.
“Saya harap dalam tiga hari ke depan, rumah ini sudah kosong.”
“Lho, bukankah akadnya masih berlaku setahun lagi, Baba? kenapa
mendadak begini?”
“Iya, tapi anak saya yang di Saudi mau pulang bersama istri dan anaknya.
Masak mereka tinggal di jalanan? Saya harap kamu bisa mengerti. Malisy!”
Melihat ekspresi Baba waktu itu, Arif merasa jengkel. Kenapa harus
semendadak ini? Kalau memang benar anaknya mau pulang, kenapa tidak
mengabari sebulan yang lalu? Kenapa tiba-tiba akad yang masih berlaku
setahun lagi itu tidak mempunyai arti apa-apa?
Sebenarnya Arif ingin protes. Tapi, mendengar kalimat Baba, Arif merasa
tidak bisa berkutik. Ia tak berdaya. Ia terpaksa harus bersabar. Ia hanya bisa
menerima, bahwa ia harus cepat pergi dari rumah itu. Mencari rumah baru.
Baginya, bertengkar mulut dengan orang Mesir hanya buang-buang waktu
saja.
***
Sore harinya, Arif pergi ke sekretariat almamaternya yang berada di
Bawwabah tiga. Ia berjalan dengan langkah kosong. Pikirannya tak tentu.
Bayang-bayang akan sebuah perpisahan, membuatnya merasa perlu
mempercepat gerak kaki panjangnya itu. Di setiap derap langkahnya, ia
yakin bahwa ia akan segera mendapatkan rumah baru. Karena tadi siang,
kakak seniornya mengabarkan ada rumah yang akan disewakan.
“Assalamualaikum,” Arif mengucap salam sambil mengetuk pintu.
“Waalaikum salam, eh, kamu Rif. Gimana kabarnya? Katanya kamu diusir
ya?” tanya seseorang, setelah mengetahui bahwa yang datang adalah Arif.
Sebuah permulaan percakapan yang kering. Arif enggan untuk menjawab.
Namun, karena ia merasa butuh, akhirnya ia terpaksa menjawab.

selengkapnya…….

Iklan

Semua yang berlaku ada sebabnya

Posted in Cerpen with tags , on Maret 28, 2008 by Admin


Penulis : 921 ~ Zabd


Adakalanya seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan, menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..


Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.

Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..

Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.

Jika seseorang menyayangi dan mencintai kita, cintailah mereka kembali tanpa syarat, bukan kerana rasa simpati di atas kecintaan mereka kepada kita, tetapi juga kerana mereka mengajar kita untuk menyayangi dan membuka pintu hati serta persepsi kita terhadap sesuatu perkara yang remeh-temeh. Membuat perhitungan setiap hari dan menghargai semua yang mungkin boleh kita hargai, kerana kita mungkin tidak akan mendapatnya sekali lagi.

Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya

Yakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.

“jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua yang akan kita lihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka”


Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada sebabnya.

Symphony 921.

Banyakkan berzikir apabila kecewa bercinta

Posted in Cerpen with tags , on Maret 28, 2008 by Admin


BY : DINI


Pada semua yang pernah menghadapi situasi putus cinta, mereka sememangnya akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat… Ini hanya boleh diperakui oleh yang pernah merasai… jauh sekali untuk difahami oleh orang sekeliling yang tidak pernah kecewa… Mungkin pada mereka kita hanya terlalu mengikut perasaan… ingat… ANDA BELUM MERASA…

Di sini ingin saya kongsikan bersama ubat, resepi atau petua yang paling mujarab untuk menghadapi situasi “putus cinta” ini … Mungkin ada yang tidak boleh menelan sesuap nasi pun, mungkin juga simptom murung sepanjang hari kerana sentiasa terkenang ‘si dia’ yang telah pergi jauh dari sisinya…lebih-lebih lagi tanpa sebab yang munasabah… minda sering tertanya-tanya ‘kenapa semua ini berlaku’…. Hati menangis siapa yang tahu… di tengah malam yang sunyi.. airmata sentiasa mengalir.. dalam tidur pun nampak dia…

Segala kenangan yang dicipta bersama pasti menjelma, hati jadi tak tenteram, sedih..sedih yang teramat…marah juga datang…percayalah.. tak semudah yang disangka… mungkin beberepa bulan saja dapat diubati..mungkin juga beberapa tahun ia masih segar diingatan…

Segalanya akan berubah.. dari aspek kesihatan, kehidupan harian dan pendirian.. iya..mungkin berat badan menjadi susut, diri tidak dijaga rapi, pelajaran merosot, fokus pada pekerjaan juga terganggu… sejauhmanakah nak kita biarkan semua ini menguasai diri kita??.. terimalah kenyataan ini dengan penuh redha..Jangan disalahkan takdir dan ketentuan Ilahi…dan jangan persoalkan ketentuanNya…

Mengikut sumber pembacaan saya, terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Di mana mengikut Firman Allah dalam surah Ar-R’ad ayat 28; “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah seperti membaca Al-Quran, iaitu menghayati maksud ayat-ayat tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengucapkan tahmid, tahlil, tasbih dan takbir. Ia boleh dilakukan secara lisan atau dalam hati keran iaa lebih ringkas…Sentiasalah juga berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. mudah-mudahan kita sentiasa waras dan tenang… Alhamdulillah…

Apa ertinya cinta..?

Posted in Cerpen on Maret 28, 2008 by Admin

By : Che Da


Bercerita soal cinta saya sering tertanya, benarkah ada cinta sejati di dalam dunia ini, bagaimana untuk saya mengenali adakah cinta milik saya itu sejati atau tidak?

Berkira-kira penting sangat ke cinta sejati tu? Bercerita tentang pengalaman, saya rasa cinta itu sukar untuk dimengertikan. Sehinggakan masih cinta walau acapkali dilukai, tetap cinta walau tahu diri disia2kan, terus menyintai sedang diri ditinggal sepi…

Adakah itu cinta sejati?, sehingga sanggup bertahan sekian lama. Saya jadi keliru haruskah saya berundur setelah sekian lama menjadi mangsa cinta atau haruskah saya terus melayani setiap detik pahit manis dalam percintaan ini?.

Bertahun lamanya menganyam cinta, bak burung bebas terbang diawangan menerokai dunia cinta. Tapi akhirnya tanpa sedar saya terkecewa. Cinta sejatikah itu jika sanggup mengadai maruah diri, cinta yang murnikah sampai tega melukai hati org lain…apa ertinya cinta itu pada mereka?

Tulis sang pencinta online pada saya dalam satu artikel yang dihantar dulu…

“dalam bercinta harus ada pengorbanan dan kekecewaan, siapa yang sanggup berkorban dan sanggup kecewa dialah cinta sejati.”

Saya terkesima seketika benarkah apa yang dikata, jauh saya berfikir. Saya harus tabah, dengan rela saya lepaskan cinta itu pergi tanpa berharap dia akan kembali.

Kekasih baru lahir dalam hidup saya kini sebutir mutiara lambang cinta dari ikatan janji yang terlerai dulu. Dia pembakar semangat saya untuk terus berdiri, cintanya suci terlalu tulus buat saya. Kerana melalui dia saya nampak cinta dari sudut berbeza, melalui dia juga saya mengenali pencinta yang abadi.

Mencintai & Dicintai

Posted in Cerpen with tags on Maret 28, 2008 by Admin

BY: Norliza Abd Razak


Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya??

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ”. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah, ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta…

“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri ”….

Selamat membuat pilihan guys!!

Terjatuh cinta pulak..macam mana ni??

Posted in Cerpen with tags on Maret 28, 2008 by Admin

by: Safiah Sahak

Salam aku ucapkan buat kalian yang membaca artikel aku ni. Biarlah aku mulakan dengan serba sedikit tentang diri aku ni. Umur aku akhir 20-an dan masih lagi study di IPTA, insya-Allah setahun lagi saja pengajian aku tamat di peringkat ijazah kejuruteraan sistem komputer. Aku agak gempal dan sedang-sedang tinggi orangnya. Pada pandangan teman-teman serta famili aku cute dan mesra orangnya. Jadi kalian bolehlah gambarkan sedikit bagaimana rupaku.

Kisahnya terjadi bilamana aku ditimpa suatu perasaan yang bercampur-baur, ada resah ada takut ada sedikit gembira tapi lama kelamaan terbit rasa indah yang tak dapat aku gambarkan tapi bolehlah dihampir samakan dengan kesegaran bila mencium bunga-bunga wangi pada subuh hari dengan kabus dan udara bertiup sepoi-sepoi menampar pipi. Aku tak perasan sebenarnya bila aku dapat feel macam nie.

Perasaan yang menimpa aku kini akibat dari seorang hamba Allah dari kaum Adam yang mempunyai seraut wajah yang bersih,tenang dan senantiasa kemas dari segi penampilan diri. Aduh pening aku kerna ketika ini ‘dia’ ada berhampiran dengan aku..sabar je la. Kuat lagi IMAN aku ni. Tapi kalian jangan terkejut dengan umurnya…walaupun masih bujang. Orang selalu akan memberi gelaran bujang tua atau bujang terlajak. Umur ‘dia’ sudahpun mencecah 52 tahun dan rambut pun dah ada jalur-jalur putih. Pada asalnya aku sangkakan semua staf di sini sudah berkahwin kerna semua sudahpun berumur dan kebanyakkannya lebih tua dari aku. Oh ya sebelum aku mencoret lebih panjang lagi, aku sekarang sedang menjalani latihan praktikal di pejabat kerajaan bahagian pengurusan korporat bermula hujung bulan 4 2007 (tahun ni lah) dan akan berakhir pada 6 julai 2007, insya-Allah. Aku sama department dengan ‘dia’ yang mana ‘dia’ salah seorang ketua unit di sini.

Aku tahu status ‘dia’ pun secara tidak langsung dari mulut seorang staf bawahan yang ketika itu sedang menasihati aku tentang jodoh dan kawin lambat. Aku tak pasti kenapa ‘dia’ masih lagi membujang hingga sekarang. Mudah-mudahan bukan kerana penyakit yang kronik, sedih pula aku bila kala memikirkan penyebabnya. Bila dah tahu status ‘dia’, mata aku ni asyik pula pantang nampak kelibatnya, mesti punya tengok sampai tak ada. Orang kata tatap kan? dasat betul perangai aku. Tak pernah aku pandang orang sebegitu rupa khasnya lelaki. Malu pun ada bila memikirkan apa aku buat ni.

Dari satu hari ke hari yang lain, hati ini gelisah tak tentu pasal pulak, hairan aku tapi bila ternampak kelibat ‘dia’, lega pulak hati ni, lagilah aku hairan. Akhirnya timbul satu desakan dalam hati aku untuk mengatakan aku terpikat sangat dengan ‘dia’, dan dengan spontan aku berdoa ke hadrat ILAHI moga dipertemukan jodoh dengan ‘dia’ pada ketika itu juga. Mungkin ini perasaan CINTA PANDANG PERTAMA buat aku. Apa yang aku harapkan kini adalah berserah kepada yang MAHA ESA. Jika ‘dia’ ditakdirkan tuhan jodohku, SYUKUR ke hadrat Ilahi aku panjatkan tetapi jika bukan jodohku, aku tetap berpegang JODOH, AJAL dan MAUT DI TANGAN ALLAH SWT.

Indahnya berteman

Posted in Cerpen with tags , on Maret 28, 2008 by Admin

By: Sis Anor

Razzi RahmanSaya terpanggil untuk menulis mengenai dilema yang melanda individu yang tidak berteman atau lebih tepat lagi TIADA PASANGAN!

Pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada individu yang ‘solo’ ini terutamanya jika diasak pertanyaan demi pertanyaan dari ibubapa dan teman-teman. “Ahhhhh….Bosan! Bosan!” Lebih-lebih lagi jika makcik di sebelah rumah sibuk menayang anak dara dan anak terunanya. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan, manalah tahu jika boleh berbesan, kan!

Ehemmm, bagi yang sudah mempunyai pasangan, sudah pasti bibir sentiasa menguntum senyuman. Maklumlah, makan berteman, berjalan pun beriringan. Tidur pula diulit mimpi-mimpi indah sambil membayangkan hari-hari indah yang bakal dilalui bersama.

Persoalannya, adakah mereka yang tiada pasangan mempunyai pilihan? Jika di usia 20-an, mungkin tidak menjadi ia belum menjadi isu besar. Tetapi jika teman-teman anda sudah dikelilingi 2-3 orang anak, pasti ia memeningkan kepala anda, bukan? Namun begitu, saya pasti ramai antara mereka yang tidak mempunyai pasangan telah berusaha agar diri mereka dimiliki seseorang.
Oleh itu, bagi mereka yang berhadapan dengan dilema ini, beberapa tip yang boleh membantu anda merubah keadaan:-

  1. Bergaul dengan banyak golongan ~ Perbanyakkan kenalan. Jangan hanya bergaul rapat dengan rakan sepejabat sahaja. Luaskan pergaulan anda jika boleh satu bangunan tempat kerja anda. Jadikan mereka rakan untuk bertukar-tukar pendapat dan menambah kenalan. Suatu hari anda pasti ketemu insan yang sesuai untuk anda.
  2. Libatkan diri dalam majlis-majlis keraian ~ Ada baiknya jika anda turut melibatkan diri dalam majlis atau keraian yang diadakan di tempat kerja atau di kampung anda. Tika inilah nda boleh menunjukkan kebolehan anda mengendalikan majlis. Tetapi jangan lupa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar kepada para tetamu. Manakan tau jika masih ada si dia yang ‘single’ memerhatikan anda!
  3. Jangan lupa berdoa ~ Allah berpesan, “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doamu itu. (Al-Mu’min(Ghaafir):60). Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah memohon agar dipertemukan jodoh yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, anda akan berolehnya.