Sorry, not my taste!

 

by : Norliza Abd Razak

 

Anda rasa janggal tak bila baca tajuk saya kali ni?? Erm…tentu tidak kan. Saya percaya setiap daripada anda sure selalu mendengarnya dan tak salah rasanya kalau saya meneka yang anda sendiri pernah mengungkapkannya…betul kan???…hehe!!

Saya sendiri mengaku yang saya dah lali mengungkapkan jawapan di atas ni… Bukan apa, bila masuk bab nak mencari partner ni..tak dapat kita nak nafikan setiap orang ada taste mereka sendiri…baik saya, u all dan semualah manusia!!!

Itu dah pasti kan…setiap orang ada selera masing-masing. Ada diantara kita yang suka bila partner mereka lebih tinggi daripada mereka, tapi ada pula yang sebaliknya…Ramai yang kata pasangan tu akan nampak ideal sangat bila si lelaki lebih tinggi daripada yang perempuan. Tapi itu kata sebilangan je daripada masyarakat kita percayalah… Ada sahaja pasangan yang mana si lelaki lebih rendah daripada perempuan tetapi mereka masih nampak seperti PASANGAN IDEAL!!!! Malah lebih ideal daripada biasahttp://www.kuncicinta.com/images/icon_smile.gif Kita perlu ingat, tiada manusia yang Tuhan jadikan cukup sempurna tau…

Saya agak kurang senang bila kuar jalan-jalan kat shopping complex ke kat mana-mana lah kan…then, terdengar mulut-mulut orang sekeliling yang menegur dan kadang-kadang tu sampai ada yang tahap mengutuk bila mereka terserempak dengan pasangan yang pada mereka agak KURANG COCOK.

Mulalah diorang cakap “eh, nape yang lelaki tu rendah ek??”. Kalau tak pun, “ish,perempuan sket punye cun, lelaki cam mamat dadah je…”…Tak baik kan… Pada saya mereka ni patut diajar cara nak menghormati pilihan orang lain.

Kasi cuci sket otak diorang ni!!!! Mereka harus faham, lain orang lain taste bila nak cari partner ni. Jangan sesekali mempertikaikan pilihan hati orang lain! Dan yang paling penting, janganlah memandang rendah taste orang lain…Belum tentu orang lain akan lihat kita dan partner sebagai pasangan ideal gaks…hahaha!!!

Rasakanlah korang nanti yer bila korang plak di “judge”…muahaha!!! Bagi saya, setiap orang ada keunikan masing-masing..dan tak perlulah kita nak banding-banding apa yang ada pada kita dengan orang lain. Apa yang jauh lebih penting, ialah KESERASIAN antara kita dan our partner Bila Tuhan dah tetapkan jodoh kita dengan soulmate kita tu, terimalah seadanya….

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: