Renungkan kisah ini…….

Seperti orang lain, saya juga pernah mengalami saat-saat bercinta…… Memang tidak dapat dinafikan keasyikan dan keindahan alam percintaan ini. Maklumlah, diri disayangi dan dipuja. Semuanya nampak indah belaka. Bak kata P. Ramlee, “Dunia ini ‘ana’ yang punya…….”.

Mungkin kerana pilihan hati bukan pilihan keluarga, saya mendapat sedikit tentangan dari ibubapa saya. Saya tidaklah menyalahkan mereka kerana saya tahu mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya lebih-lebih lagi selaku anak pertama, pasti saya menjadi teladan untuk adik-adik. Mempunyai ibu bapa yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi, latar belakang pendidikan yang berbeza antara kami sudah pasti menjadi alasan utama.Pernah si dia menyuarakan pendapat, jika ibu bapa saya tidak merestui, dia mahu membawa saya kahwin lari ke seberang.


SUBHANALLAH, terduduk saya mendengarnya. Inikah lelaki yang berjanji sehidup semati, sanggup membawa saya lari dari keluarga semata-mata memenuhi impian dirinya. Jika saya BUTA CINTA dan pendek akal, sudah pasti kami akan bernikah di sana. Jika saya lupakan TUHAN, sudah pasti saya akan keseorangan di dunia ini tanpa kasih sayang ibubapa dan keluarga. Dengan penuh nekad saya memberi jawapan TIDAK kepadanya.

Sebagai seorang anak, tidak sanggup rasanya hati mengguriskan perasaan seorang bapa dan menghancurkan hati seorang ibu. Sebagai seorang kakak, saya tidak sampai hati untuk membuang keluarga…..Alhamdulillah, saya masih dapat berfikir dengan waras. Tidak terbayang rasanya, apa perasaan ibubapa saya apabila anaknya lari mengikut lelaki. Di mana mahu diletakkan muka dengan cacian dan nesta dari orang-orang sekeliling??? Bagaimana saya mahu melayari hidup dengan insan tersayang tetapi di dalam hati terbuku kekesalan yang berpanjangan??

Oleh itu adik-adik, INGATLAH bahawa keluarga itu nadi kita. Tidak mengapa jika cinta kandas di tengah jalan kerana restu keluarga itu lagi penting dari segala-galanya. Carilah cinta yang diredhai oleh Allah dan direstui oleh ibu bapa kerana ia pasti akan membawa kesejahteraan kepada kita, INSYA-ALLAH.

Satu Tanggapan to “Renungkan kisah ini…….”

  1. Insya Allah , semoga ini menjadi renungan saya yang sedang mencari pendamping hidup

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: