Percintaan jarak jauh?

Pernah dengar cerita-cerita daripada teman-teman anda mengenai percintaan jarak jauh mereka? Apa reaksi pertama mereka bila ditanya teman-teman lain mengenai hubungan mereka? Happy? Senyum atau mungkin secara automatiknya teman anda akan mencebikkan bibir…hahaha!!! Bila dah mencebik bibir, nampak sangatkan dia tidak gembira dengan perhubungan tersebut. Kemudian mulalah teman anda akan membuka bicara bagaimana selama ini dia memendam rasa terhadap pasangannya…

Mula dengan cerita bagaimana dia rasa teramatlah sedih bila kena berjauhan dengan kekasih hati yang selama ini sentiasa bersamanya bila-bila masa sahaja, kemudian cerita-cerita bagaimana mereka “keep in touch” selama berjauhan, then mulalah cerita mereka bergaduh saban hari dan seterusnya lah.. Bila dah dengar cerita-cerita dan pengalaman daripada teman anda sendiri, anda rasa anda berani dan mahu mencuba perhubungan cinta sebenini???

Kalau ditanya pada saya, tentu berkerut dahi saya memikirkannya…hahaha!! kenapa?? Iyalah, bila masuk bab perasaan cinta ni..susah
kan kita nak tolak bila Tuhan dah tetapkan jodoh kita dengan orang jauh…Kalau dijawab TIDAK MUNGKIN, tiba-tiba kita terjatuh cinta dengan orang jauh, macam mana pulak kan..hehe. kalau saya jawab APA SALAHNYA , sudah tentu saya perlu menilai kemampuan diri saya. Apa saya sudah cukup kuat untuk menangkis rasa cemburu bila memikirkan kekasih hati yang jauh mungkin bersama “partner” lain?? Atau boleh ke saya memejamkan mata melihat sahaja teman-teman lain menghabiskan hujung minggu bersama pasangan masing-masing sedangkan saya…..KESEORANGAN!! atau mungkin nanti saya sendiri yang akhirnya mengkhianati pasangan saya padahal dia amat setia di sana…huh!! Siapa yang harus disalahkan bila dah jadi macam ni kan?? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing!

by : Norliza Abd Razak

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: