Jauhnya Cinta…

BY : Shaliza

Ternyata kegembiraan tidak dapat digambarkan apabila berada di rantau orang namun kesedihan melebihi segala. Jauh dari keluarga dan insan tersayang menjadikan saya lemah, letih, sesak, sebak..semua ada. Terselit kerinduan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Aduhhh..sakitnya hati bila rindu datang bertandang..macamana nak buat ya? Jarak yang memisahkan membuatkan diri ini menangis sendirian..

Inilah jalan yang saya pilih..tidak boleh berpatah balik lagi..Tapi, bolehkah saya menghadapi hari2 disini sendirian tanpa S? Berjauhan dengan S terlalu menyakitkan..Cinta yang baru disemai ini dapatkah bertahan dengan keadaan ini? Saya sedikit goyah lantaran berada dikalangan teman2 dan suasana yang baru. Banyak dugaan bila tanpa kehadiran seseorang disisi.

Inilah yang S tidak mahu berlaku.Inilah yang dia risaukan. Insan tersayang berada di kejauhan namun kejujuran yang dia dambakan. Dia amat mengharapkan hubungan ini kekal selamanya. Namun saya seakan mengambil kesempatan di atas kejauhan ini. Pergaulan dengan teman2 lelaki semakin rapat. S yang jauh tidak tahu akan hal ini. Saya seboleh2 nya tidak ingin dia tahu. Tapi dalam masa yang sama, saya masih inginkan kasih sayang S.

Ternyata diri ini menarik perhatian seorang lelaki di kampus. Biarlah saya kenalkan dia sebagai X, seorang lelaki berasal dari Sabah. Kata-kata cinta dari X membuatkan diri ini hanyut dalam angan2. X tidak tahu yang saya telah mempunyai seseorang disisi. Bagaimana harus saya katakan yang sebenar pada X? Saya sayangkan S tapi seakan hati ini berpecah kepada 2. Saya mula sukakan X juga. Ahhhhhh….kenapa ini semua boleh terjadi…Saya tidak sanggup. Mana boleh jadi begini..

Cinta yang hadir dulu perlu diberi keutamaan. Terasa diri ini seakan berlaku curang. Saya tidak pernah buat begini sebelum ini. S terlalu baik pada saya. Namun X pun begitu jua. Kenapa saya tidak tetap pendirian. Adakah kerana S tiada didepan mata, jauh dari sisi sedangkan X ada bersama2 setiap hari. Saya tidak boleh membiarkan ini semua. Saya tidak mahu yang dikendong tak dapat dan yang dikejar berciciran.

Bila saya menceritakan hal yang sebenar kepada X, dia seakan tidak dapat menerima. X pandai memujuk rayu dengan kata yang membuatkan hati ini sayu. Cukuplah, saya tidak dapat menerima 2 cinta dalam satu masa. Cinta yang satu ni pun terlalu sukar untuk disemai lantaran kejauhan yang memisahkan. X mula menjauhkan diri setelah saya tidak melayannya lagi. Satu perkara yang saya masih tidak faham mengenai lelaki, mereka akan menjauhkan diri apabila sudah tahu perempuan itu milik orang lain. Dengan alasan, tidak mahu mengganggu hak org. Kenapa begitu ya? Kalau saya jadi lelaki, pasti saya akan berjuang habis2 habisan untuk memilikinya. Melainkan perempuan itu isteri orang. Kalau macam tuh, mesti saya akan dilabel lelaki perampas hak orang.. Maafkan saya X, saya tidak dapat menerima cintamu itu. Berilah ia pada insan yang lebih layak dan sesuai denganmu. Saya sudah mempunyai seseorang disisi. Terasa sedih memikirkan X namun dugaan ini harus saya tepis. S dikejauhan amat mengharapkan saya. Saya tidak mahu cinta bersama S hancur begitu saja.

Ahh…baru saya tahu cinta jarak jauh ini begitu banyak dugaannya. Padahal cinta ini masih baru. Jika saya tidak berlaku jujur, cinta ini akan berkecai di tengah jalan. Saya sayangkan S…tp S jauh… Siksanya rasa bila berjauhan. Melihat teman2 keluar dating gan bofren masing2 rasa cemburu menyelinap rasa. Perasaan terlalu sukar digambarkan. Hanya sekeping gambar pemberian S menjadi teman tidur dikala kerinduan. Bila rindu terlalu menyesakkan dada, hanya suara yang menjadi penawarnya. Bila dikejauhan, terlalu banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Telefon yang menghubungkan kami..surat2 juga selalu dikirim serta hadiah semasa hari jadi. Bil telefon melambung, duit juga banyak dihabiskan semata2 kerana S. Semata2 kerana cinta.. semuanya kerana CINTA.

September 2002, saya terpaksa balik ke semenanjung kerana ada hal yang perlu diuruskan. Dikesempatan ini juga, S mengajak untuk bertemu 4 mata. Ahhh..macamana ya? Selama ni bercinta atas angin. Tanpa dating dan sebagainya. Saya bersetuju tapi S harus datang ke negeri kelahiran saya. Kami akan berjumpa buat kali pertamanya. Berdebar rasa pun ada..tak sabar pun ada jugak. Yalah, cinta kami telah hampir setahun usianya, baru kali ini kami akan bertemu, melihat mata masing2.. Saya percaya yang dari mata akan turun ke hati. Tak sabar nak melihat panahan cinta melalui matanya. Pasti saya akan tersipu2 malu. Tak sanggup untuk menatap matanya dengan lebih lama… Aduhh..kuat betul berangan saya ni..ntah dapat jumpa ntah tidak. Anda rasa saya dapat bertemu dengan S atau tidak ya? Ntah la..saya pun tak sabar2 nak jumpa dengannya…rindu sangat kt S. Adakah saya dapat bersua mata dengan S?

Bersambung…
Hasil nukilan,
Shaliza81

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: