First love is your true love?

First love is your true love?
by : Norliza Abd Razak

Baru-baru ni aku keluar menghabiskan masa bersama teman baik sejak dibangku sekolah lagi. Kalau nak kata aku faham sangat dengan perangai dia, tak juga sebab even we are close, still ada secret antara kami dan menjadi aku punya prinsip menghormati privacy orang lain kalau diminta…

Entah kenapa sepanjang bersama teman aku tu, aku perasan yang dia asyik tersenyum seperti ada sesuatu yang ingin diceritakan, seolah-olah ada sesuatu yang mahu diluahkan tetapi malu-malu..hahaha!

Namun, jauh di sudut hati aku yang sentiasa santai ni, terasa happy jugak…tapi tak nak tunjuk. Namun aku jadi macam curious jugak apa yang disenyum-senyumkan ni. Terasa juga ingin tahu…ya lah, dah berapa lama berkawan yang hanya sekadar teman tapi mesra ni…dah letih dah! Korek punya korek rahsia dia, at last dia mengaku dia dah jumpa TRUE LOVE dia! Aku terkejut dan tersenyum girang. Hati aku berdebar-debar, nak tanya atau tidak atau biarkan dia menyambung saja kata-katanya itu…Of course aku happy gila la kan..tapi takkan aku nak tunjuk kat dia. Tapi ayatnya hanya tergantung di situ dan dia masih tersengih-sengih malu…lalu, aku cuba membuka jalan kepadanya dengan bertanya, “siapakah gadis yang bertuah tu??”

…mulalah teman aku tu tak boleh nak duduk diam…rupa-rupanya, true love dia adalah orang yang sama yang jadi first love dia (Ya Allah!, macam tak percaya aku mendengarnya…Hilang senyum dibibir aku tadi diganti pula dengan geram teramat sangat!!! Sudah bertahun-tahun perempuan tu telah meninggalkannya, dah lari ikut jantan lain…tengok-tengok dia masih duk tergila-gila dengan dia lagi?? Entah mengapa…dengan tiba-tiba sahaja, degup jantung aku berkocak kencang, menghentak-hentak dada ini seolah-olah ada satu tenaga dalam yang mendorong aku terasa begitu sensitif sekali…

Kenapa aku geram??…mestilah geram, aku rasa sia-sia je jadi penasihat dia selama ini. Sedangkan secebis kasih pun tiada di hatinya. Waktu dia ada masalah dulu, waktu dia dikecewakan… akulah tempat dia meluahkan apa saja pasal kekasih dia tu. Masa mereka mula-mula bercinta, aku happy…ya lah nama pun kawan baikkan. Tiba-tiba sampai satu ketika mereka berpisah atas alasan betina tu “bertemu partner lain”…lantas, teman aku terus berubah!! Aku ni, lah yang duduk menenangkan hatinya, aku inilah yang menyabarkan dari mengenang betina yang telah memainkan perasaan dia yang benar-benar cinta itu! Sehinggalah teman aku tu kuatkan hatinya agar tidak akan jatuh cinta lagi, dan menolak apa-apa berkaitan cinta!! Puaslah aku memberi nasihat…dan dia berkali-kali bersumpah dan berjanji kat aku TIDAK AKAN ambil tahu pasal bekas kekasihnya tadi…. sekarang apa dah jadi???…alasannya, “dia cinta pertama aku, aku kenal dia dulu dan sekarang, dia dah berubah…dia betul-betul cintakan aku….”

Uuuu….sakitnya hati aku yang sudah memang kerdil ini…tetapi, bila tuan empunya badan dah cakap macam tu, kan hmmm…apa yang aku boleh buatkan….huh!!!

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: