Detik perkenalan.

 

 

by : Syaliza

 

semuanya bermula melalui chatting pada awal 1999 yang lalu. Betapa susahnya nak close MIRC waktu tuh..Nape lah mamat ni? Tak bagi kita keluar ni..still nak chat lagi..Alamak, kelas dah nak start nih..matilah nanti kena marah kat lacturer. Dengan cepat2 saya memberi nombor telefon dan email pada lelaki ni dan cepat2 close MIRC. Fuhh..lega…dengan pantas saya berlari menuju ke kelas yang agak jauh juga. Nasib baik sempat..

Beberapa hari kemudian, lelaki itu (S) menghubungi saya, kami berkenalan dengan rapat lagi. Tapi ternyata S pemalu orangnya. Masa tu dia sedang belajar di UUM dan saya ambil diploma di Trengganu. Betapa terkejutnya saya, S tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Dan saya adalah orang pertama yang rapat dengannya. Pada masa itu juga, saya telah mempunyai seseorang yang bertakhta dihati.. Namun keakraban kami tidak lebih dari teman biasa tapi ‘mesra’. Namun setelah S mengetahui yang saya telah berpunya, tiba-tiba dia menyepikan diri…

“Apa salah saya? Adakah saya telah melukakan hatinya?”


Setahun dia menyepikan diri. Sepanjang tempoh itu, saya selalu menghubungi nombornya tapi tak dapat. Email pun tak berbalas. “Uuh…mengapa ni, mengapa jadi begini?” Risau saya dibuatnya… “apa yang telah terjadi??” Tiba-tiba sahaja jadi begini…sebelum ni ok je..

“…err, atau ada sesuatu terjadi padanya? Kenapa aku jadi tak tentu arah begini? Sedangkan aku telah ada abang yang aku sayangi..atau? Ahhh..”


Aku…aku takut untuk meramalkan apa yang aku rasa dalam hati ini.. Cukuplah..Jangan bermain dengan api…Nanti membakar diri. Aku bahagia dengan apa yang aku ada skrg ni..bisik hati kecil ini. Saya cuba untuk melupakannya. Saya tidak boleh curang. Mesti anda tahu apa yang bermain dalam hati saya
kan.
Tapi saya boleh mengatasinya lagi…teruskan dengan cinta yang ada dihati…Namun, betapa sedihnya rasa disaat kebahagiaan memuncak, abang H pula ingin memutuskan hubungan!!!

Alasannya jarak kami terlalu jauh. H diselatan tanah air dan aku di timur. Ah..alasan yang tidak logik. Kenapa macam ni? Kenapa harus berlaku? Saya terlalu sedih tetapi teman-teman banyak memberi nasihat dan dorongan. Dalam usia 19 thn, saya telah merasa peritnya CINTA. Tapi ini bukan cinta pertama lantaran telah banyak kali dikecewakan. Saya pun tak tahu mana yang pertama.
Susah juga ya, nak cari cinta yang pertama. Bagi saya cinta pertama akan hadir bila cinta itu kekal hingga hujung nyawa.

Terasa kosongnya hidup bila tiada sesiapa untuk diluah rasa cinta dan rindu…bolehkah saya menjalani hidup ini sendirian tanpa insan tersayang disisi. Apa2 pun, hidup mesti diteruskan. Tak apa, sorang pergi, akan datang lagi yang lain. Yang nyata, saya harus menunggu. Tapi tunggu? Sampai bila? Ah..bosannya hidup..menjalani hari2 tanpa cinta pada seorang lelaki. Ternyata saya begitu inginkan cinta disaat hati terluka. Moga dapat merawat segala yng tercalar. Bagi saya, CINTA terlalu berharga…betapa sedihnya bila ia jauh meninggalkan kita dan betapa tak bermaknanya hidup tanpa CINTA.

2001 telah menjelma, setahun lagi saya akan menghabiskan pengajian di kolej ini. Mengharungi hari2 mendatang dengan penuh tabah. Namun, tergambar sekelumit iri hati melihat teman-teman bersama insan tersayang. Kosong betul hidup ini..KOSONG sangat!! Tengahari itu, setelah balik dari kuliah, telefon tiba-tiba berbunyi mesej. “A’skum, ingat saya lagi tak? Saya S…..” .

Ya Allah, terkejutnya rasa. Teman ini hadir lagi.. Ke mana dia menghilang selama ni…Rindunya.. Dengan pantas, tangan mencapai telefon dan terus membalas mesej itu. Terasa gembira sangat hari tu. Rupa-rupanya S telah menukar no handphone dan katanya lagi, dia tidak mahu mengganggu hak milik orang. Terlalu ikhlas kenyataan itu..Menurutnya, ntah kenapa tiba-tiba dia ingin sangat menghubungi saya setelah setahun kami lost contact. S tetap menyimpan nombor saya. Dan setelah saya menceritakan apa yang berlaku antara saya dan H, dia menarik nafas lega.
Kami menyambung semula hubungan yang terputus dahulu. Tapi lebih kepada teman tempat bercerita dan berbual mesra. Saling berkongsi masalah dan meluah rasa. Best jugak ada teman rapat yg berlainan jenis ya.. maklumlah, saya ni jarang terdedah dengan lelaki..Dia seorang yg good listener. Setiap masalah, kami akan sama2 selesaikannya. Mesti pelik, kan?

Berkawan persis orang bercinta. Entah la, disaat hati sedang menyembuhkan luka lama, terasa ingin kembali dicintai. Namun tetap takut untuk menghadapinya lagi.. Padahal apa salahnya mencuba. Takut kecewa lagi. Berkawan dengan S ternyata cukup menghiburkan. Dia pandai mengambil hati dan terlalu baik pada pandangan saya. Bukan yang suka mengambil kesempatan.

Namun yang nyata, kami belum bersua muka dan tidak pernah tgk diri masing2. Bukan apa, saya ingin berkawan dengannya kerana hati bukan paras rupa. Lagipun, S tidak kisah dengan cara begini. Keakraban kami rupanya mengundang satu perasaan yang sukar dimengertikan. S mula berkias mengatakan sesuatu yang berbunga2..mungkin bunga-bunga cinta barangkali?

Oh..tak sangka selama ni… Tanggal 14 september 2001, suasana dan perasaan menjadi lain..Lain sekali.. terasa diri dihargai. Saat itu, S telah meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Berdebar-debar sangat rasanya. CINTA datang lagi? Saya yakin setelah cinta itu pergi, mesti ada cinta yang lebih baik akan menjelma. S yang tidak pernah kenal apa itu cinta, telah jatuh cinta buat pertama kalinya. Layakkah diri ini untuk menjadikan cinta pertama buat S? Bersambung…..

Hasil nukilan,Shaliza81

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: