CINTA datang lagi…..


Penulis : Syaliza


Oh…cinta datang sekali lagi dalam hidup ini. Betapa indahnya rasa bila dicintai dan mencintai. Setelah S menyuarakan isi hatinya, saya bagai kelu seribu bahasa. ‘Saya sayang sangat gan awak. Awaklah insan pertama yang dapat mengetuk pintu hati saya. Saya ingin bersama awak sampai bila2’. Tulisan dalam mesej tersebut masih saya ingat sampai sekarang. Ah..romantiknya lelaki ini. Disaat itu, ingin saja melihat matanya namun apalah daya.

Tetiba, diri ini bagai tersedar dari lamunan. Saya belum pernah menemui dirinya dan begitu jua sebaliknya. Memang saya tak kisah akan rupa paras dirinya tapi saya sedar akan kekurangan diri. Saya tahu saya tak cantik seperti orang lain. Sedikit tembam dan macam2 lagi…sudah banyak kali saya jelaskan pada S tentang hal tersebut namun S tetap ingin memiliki diri ini.

Akhirnya saya sudi menyambut huluran kasih sayang dan cinta dari lelaki S itu. Tetapi semuanya berlaku melalui msg dalam telefon bimbit. Saya terlalu gembira dengan kehadiran cinta baru ini. Terasa hidup kembali ceria dan penuh dengan ketenangan.

Terasa tidak puas kalau tidak mengucapkan kasih sayang itu melalui mulut sendiri. Saya menyuruhnya telefon agar senang untuk merasa sayang itu tapi S masih malu2. Tidak pernah lagi saya jumpa lelaki seperti ini, malu untuk mengucapkan cinta. Oh ya, terlupa pula saya, S tiada pengalaman dalam bercinta. Lantas saya memberanikan diri menelefonnya, ah..berdebarnya rasa disaat mendengar suaranya yang pada pendengaran saya terlalu membuai perasaan seorang perempuan.

Ternyata S masih malu2 untuk mengucapkan kalimah sayang itu. Saya sedaya upaya mencuba untuk membiarkan dia mengucapkannya sendiri. Emmm..macammana nak buat ni? ‘Awak, betul ke awak sayang kat saya? Kalau betul awak cakaplah’ aku menggesanya beberapa kali. ‘Kan saya dah bgtau dalam msg’. ‘ Dalam msg lain, kt sini lain’, aku masih tidak puas hati. Lama S senyap dan akhirnya ‘saya sayang sangat dengan awak! Tut.tut.tut. Talian tetiba diputuskan. Ya Allah, terkejutnya saya. Kenapa lah lelaki ni..malu sangatlah tuh sampai putuskan talian selepas mengucapkannya.

Teman2 mula senang apabila melihat saya kembali ceria. Senyum memanjang seakan tiada masalah. Tapi bila mereka ingin melihat siapakah gerangan S, saya menceritakan apa yang sebenarnya. Mereka semua terkejut, macamana boleh bercinta tanpa mengenal paras rupa lelaki itu. Saya tidak kisah tapi biarlah dulu.

Setelah hampir 5 bulan kami menyemai cinta, barulah S meminta agar bertukar gambar masing2. Saya rasa tak sabar2 ingin melihat insan yang saya sayangi itu. Sekadar melihat gambar dan bukannya bertemu 4 mata lantaran lokasi yang berbeza, saya di sebelah timur dan S di utara tanah air. Sebelum melihat gambar, kami telah berjanji kalo ade apa2 yg berlaku selepas itu, kami akan berterus terang akan ketidakpuasan hati masing2. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. S nampaknya semakin sayang dan sering mengungkapkan kata2 romantik yang membuat saya tidak lena tidur. Cuma S nampak sedikit kaku dan sering menunggu kata2 dari saya terlebih dahulu. Saya tidak kisah kerana saya tahu S tiada pengalaman dengan mana2 perempuan sebelum ini. Wajahnya seakan orang india lantaran keturunan mamak dari Pulau Pinang. Dengan kulit hitam manis, hidung mancung, banyak bulu ditangan…alahai, tergoda betul rasanya. Memang kacak pada pandangan saya. Seakan tidak layak untuk bergandingan dengan saya yang tidak seberapa ini.

Pada Mac 2002, saya telah tamat dip di terengganu dan berpeluang menyambung ijazah nun jauh di Negeri di bawah bayu. Saya membuat permohonan tanpa pengetahuan S. Setelah S mengetahuinya, dia terkejut dan sedih. Yalah, selama ni kami mmg sudah berlainan negeri tapi masih di semenanjung, inikan pula sudah menyeberang laut cina selatan. Ahh..kami semakin jauh tapi cita-cita juga sama penting dengan S. Saya tidak boleh mengikut perasaan. Semangat untuk belajar tidak pernah padam dalam diri. Saya ingin menjadi seperti S yang ada kelulusan ijazah dan kalau boleh lebih dari itu.

Mei 2002, buat pertama kali dalam hidup untuk menjejakkan kaki ke Sabah. Hati ini terlalu sedih untuk meninggalkan keluarga dan insan tersayang. S seakan tidak merestui pemergian saya untuk menuntut ilmu. Lagipun kami baru merancang untuk berjumpa buat kali pertama tapi nampaknya rancangan itu hancur ditengah jalan.

Cinta tanpa pengorbanan seakan masakan tanpa garam dan gula. Inilah pengorbanan yang akan saya lakukan. Meninggalkan cinta yang baru disemai demi masa depan yang lebih terjamin. Meninggalkan S demi menggapai cita2. ‘Jangan sedih awak, nanti saya balik kita boleh jumpa. Tapi awak kena janji, awak akan tunggu saya balik’. Ah sedihnya rasa..’ Saya akan tunggu awak sampai bila2 dan awak kt sana jangan lupakan saya’ kata S pula. Saya tidak dapat menahan kesedihan bila bercakap melalui telefon dengan S. Sebak, sesak nafas rasanya bila mendengar suara S yang cukup susah untuk membiarkan saya pergi jauh. ‘Saya akan tetap setia dengan awak, saya sayang sangat gn awak’. Saya tidak boleh teruskan lagi…linangan air mata terlalu laju mengalir seakan sukar untuk membuat keputusan. ‘Cukuplah awak, izinkan saya pergi’. Walaupun tanpa kehadiran S di lapangan terbang Pengkalan Chepa namun, saya tetap merasakan kehadirannya disitu. Berdiri di satu sudut dan mengucapkan selamat tinggal dengan gambaran wajah yang sukar dimengertikan. Sabarlah sayang..nanti saya balik, kita jumpa ya…tp awak janji, awak akan tunggu saya balik…

Bersambung…
Hasil nukilan,
Shaliza81

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: