Apa sebenarnya???


Ishieyn Eifylia

Aku dah tak tahan duduk dalam dilema. Masih mencari perasaan aku disaat ini. Aku tak dapat gambarkan perasaan aku sendiri. aku perlu luahkan semua ini. dah tak larat nak pendam sendiri. Tapi pada siapa? Setelah sekian lama menyendiri, tiba² aku rasa ada sesuatu yang buat aku resah. Selama ni aku yakin, aku masih boleh focus pada matlamat aku. Tapi aku tak sangka, dia berjaya buat hidup aku haru biru. Aku masih tertanya² hingga kini. Is this what it called love?

Suka sangat tgk kak Cat berlakon dalam Kalis Cinta sebab rasa macam diri berada dalam situasi yang sama. Cuba mengelak sebab tak mahu terluka lagi. Aku tak pasti, do I really been in love before? tapi perasaan kali ni lain. Kadang² rasa happy sangat n kadang² so sudden aku boleh sedih tanpa sebab. Aku hilang focus. Lari dari matlamat aku. Disaat aku cuba mencorak kehidupan alam pekerjaan aku, karier aku, semua ini berlaku. Tembok yang aku bina terhadap lelaki selama ini berjaya digegarkan.

Bukan aku tak pernah jumpa dia sebelum ni. Tapi apa yang buat aku jadi resah, aku masih mencari jawapan. Bukan tak pernah timbul perasaan suka pada seseorang, tapi kali ini lain. Aku tak boleh nak face to face dengan dia lagi. Depan dia aku boleh tersenyum, gembira. Bila dia hilang dari pandangan je, aku mula rasa sedih sangat.

Memang pada luaran aku sengaja berlagak happy go lucky, hakikatnya aku seorang yang pendiam, malu dan berahsia. Sebabkan fizikal aku, makin aku rasa rendah diri. Aku tak tahu bagaimana lagi hendak motivasikan diri sendiri. Kadangkala aku begitu berkeyakinan, tapi bila berdepan soal perasaan aku terlalu lemah. Aku selalu kecewa sebelum bermula. Dia seolah sengaja bermain dengan perasaan aku. Inikah sifat lelaki, beri harapan, dalam masa yang sama seronok permainkan perasaan orang lain?

Haruskah aku berterus terang?? Aku pasti dia sudah tahu, lebih² lagi kami berada ditempat yang sama dan selalu jadi bahan usikan. Aku dah tak sanggup nak berdepan dengan dia, lebih² lagi nak tengok dia seronok keluar dating dengan orang lain? Memang dia sengaja nak buat aku terperasan atau memang serius sebelum ni dengan apa yang dia katakan? Aku benci semua ni. Rasa macam nak tinggalkan je tempat keje ni. Tapi aku sayangkan kawan² aku cuma dia buatkan suasana bertukar jadi haru biru. Penat aku menafikan perasaan aku, dan aku selalu berdoa agar aku dapat lupakan dia secepat mungkin. Entah kenapa doa aku jadi reflect. Setiap kali aku doakan agar dia dijauhkan dari aku, setiap kali tula dia munculkan diri. Rasa macam nak tumbuk dia selalu sangat tayang muka selamba dia depan aku. Apa patut aku buat??? Apa yang berlaku pada aku sebenarnya? Aku benar² jatuh cinta kali ni??? Arrrrggghhhh…

Tinggalkan Pesan anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: